Penerangan
Wilayah Persekutuan Labuan, 3 Mac 2024 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan telah menjalankan pemeriksaan terhadap pembawa yang ditetapkan buangan terjadual (kenderaan pengangkut) baru yang akan dilesenkan bagi mengangkut buangan terjadual oleh premis yang ditetapkan (PYDT BT) pada 2 & 3 Mac 2024.
Sebanyak 15 buah kenderaan pelbagai jenis berenjin diesel telah diperiksa dan telah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi menjadi pembawa yang ditetapkan buangan terjadual.
Pihak pengeluar buangan terjadual diingatkan untuk memastikan hanya pembawa yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja dibenarkan untuk mengangkut buangan terjadual ke premis yang ditetapkan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_mac_2024