PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Pengumpulan Barangan E-Waste Sempena Sambutan Hari Bumi Tahun 2024 di Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan

DOE Negeri Sembilan 19/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Pengumpulan Barangan E-Waste Sempena Sambutan Hari Bumi Tahun 2024 di Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
19/03/2024
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

Sempena sambutan Hari Bumi pada tahun ini, Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan kesedaran tentang kepentingan untuk melindungi dan memelihara alam semulajadi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengumpulan bahan buangan elektronik, aktiviti mewarna, dan cabutan bertuah. Program ini menyasarkan penglibatan semua masyarakat dari pelbagai peringkat umur. Hasil daripada program pengumpulan bahan buangan elektronik ini, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan berjaya mengumpul sebanyak 241.72 kg bahan buangan eletrik dan eletronik sebelum diserahkan kepada kontraktor yang dilantik untuk mengurus dan melupuskan barangan tersebut. Penglibatan yang menggalakan daripada masyarakat setempat wajar dicontohi oleh yang lain untuk memastikan alam sekitar kita selamat dan sihat untuk masa kini dan generasi akan datang. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan menyeru semua untuk memastikan barangan elektronik yang tidak lagi berfungsi atau digunakan, e-waste dilupuskan mengikut kaedah yang betul.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan