PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PENCEMARAN DAN PEMANTAUAN DRON DI DAERAH KULIM, BANDAR BAHARU DAN BALING, KEDAH DARUL AMAN

DOE Kedah 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PENCEMARAN DAN PEMANTAUAN DRON DI DAERAH KULIM, BANDAR BAHARU DAN BALING, KEDAH DARUL AMAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

01 Mac 2024, Kulim - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim telah menjalankan pemantauan bagi mencegah pencemaran berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS. Rondaan dan pemantauan dijalankan sehingga ke Daerah Baling dan Sik bagi siasatan titik panas (hotspot). Komitmen berterusan Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bagi membanteras punca-punca pencemaran seperti pembakaran terbuka dan pelupusan haram buangan terjadual dapat dikawal dengan sepenuhnya pada tahap sifar bagi memastikan pematuhan dapat dicapai demi kesejahteraan rakyat. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan