PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

"SEMINAR ON ENVIRONMENTAL, HEALTH & RISK ASSESSMENT AND MANAGEMENT"

DOE Kedah 18/03/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
"SEMINAR ON ENVIRONMENTAL, HEALTH & RISK ASSESSMENT AND MANAGEMENT"
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

6 Mac 2024 - Sungai Petani, Kedah Perkembangan semasa termasuk beberapa kes berkaitan pencemaran alam sekitar serta ketidakpatuhan yang berlaku di Kedah khususnya dan Malaysia amnya menjadi fokus utama dalam seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Kedah (KASKED). Seminar on Environmental, Health & Risk Assessment and Management merupakan salah satu inisiatif JAS untuk memperkasakan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Antara topik utama yang dibentangkan dalam seminar tersebut ialah “Isu-Isu Kritikal Penyediaan Laporan EIA Bagi Aktiviti Industri??, “Pengurusan Buangan Terjadual serta Ancamannya Kepada Alam Sekitar??, “Penilaian Risiko Dalam Proses Penyediaan Laporan EIA??, “Pengurusan Bahan Kimia Berbahaya dan Keselamatan Kebakaran??, “Kesihatan Pekerjaan – Apa Yang Anda Perlu Tahu??? serta Perkongsian Pengalaman Berkaitan Tatacara Pengurusan Bencana Perindustrian. Kejayaan memulihara alam sekitar memerlukan kerjasama segenap lapisan masyarakat. Adalah menjadi harapan JAS supaya tumpuan berterusan diberi kepada usaha meningkatkan kesedaran dan komitmen masyarakat bagi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berteraskan pembangunan mampan dan lestari atau sustainable development. Sehubungan dengan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Kedah (KASKED) telah menganjurkan ‘Seminar on Environmental, Health & Risk Assessment and Management’ di The Purest Hotel, Sungai Petani, Kedah ini. Seramai 215 orang peserta yang terlibat dalam seminar ini. Adalah diharapkan supaya semua peserta yang hadir hari ini dapat menimba ilmu serta mengambil peluang bertanya kepada para penceramah yang pakar serta mempunyai banyak pengalaman di seluruh Malaysia. JAS Negeri Kedah juga sentiasa mengalu-alukan penglibatan aktif pertubuhan bukan kerajaan, komuniti korporat serta individu dalam program dan aktiviti kesedaran alam sekitar. Untuk makluman semua, JAS telah dan akan melaksanakan pelbagai program kesedaran alam sekitar yang melibatkan pelbagai kumpulan sasaran dan peringkat masyarakat bermula dari peringkat pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan juga orang awam. Pihak industri yang berminat untuk menjadi Rakan Strategik dalam mana-mana program adalah dialu-alukan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan