PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel|Peralatan Teknikal

KURSUS PENGENDALIAN ALAT PORTABLE MULTIGAS ANALYSER (CEREX) KEPADA PEGAWAI JAS KEDAH

DOE Kedah 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KURSUS PENGENDALIAN ALAT PORTABLE MULTIGAS ANALYSER (CEREX) KEPADA PEGAWAI JAS KEDAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

7 Mac 2024, Alor Setar Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah mengadakan Kursus Pengendalian Alat Portable Multigas Analyser (CEREX) pada 7 Mac 2024 dengan objektif supaya dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran penggunaan alat tersebut dikalangan pegawai-pegawai teknikal Jabatan ini terutama ketika menghadapi kes-kes aduan dan bencana kebakaran. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Najib bin Khalib dari Syarikat NA One Solution Sdn Bhd dan Puan Norma binti Abd Razak dari JAS Pulau Pinang. Peserta kursus telah diberi pendedahan berkaitan komponen alat, kalibrasi, pengenalpastian masalah semasa penggunaan peralatan mudah alih ini yang menggunakan kaedah Fourier Transform Infrared (FTIR) serta kaedah menganalisa data-data hasil daripada cerapan yang dilaksanakan. Melalui kursus ini diharapkan peserta dapat menggunakan alat ini dengan sebaik mungkin semasa aktiviti pengawasan kualiti udara dijalankan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan