PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

[HEBAHAN BERITA RTM @Instagram] JAS KEDAH GIAT PANTAU AKTIVITI PENCEMARAN UDARA

DOE Kedah 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
[HEBAHAN BERITA RTM @Instagram] JAS KEDAH GIAT PANTAU AKTIVITI PENCEMARAN UDARA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

ALOR SETAR, 14 Mac - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah meningkatkan rondaan dan pemantauan alam sekitar di semua kawasan di negeri itu semasa musim panas dan kering yang sedang melanda ketika ini. Pemantauan dan rondaan bertujuan mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko kesihatan kepada orang awam. Ia termasuk pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan efluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan. Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, rondaan yang dijalankan bagi mengelakkan kejadian pencemaran seperti pelupusan haram bertumpu kepada kawasan industri di daerah Pendang, Sik dan Yan. Pemantauan di kawasan 'hotspot' yang berpotensi berlaku pelupusan haram dan premis-premis yang disita juga turut dijalankan. Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Katanya, kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 atau tindakan mahkamah dengan hukuman tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Pemilik tanah dan premis juga diminta untuk memantau tanah serta premis masing-masing supaya tidak dijadikan tempat pengumpulan, pemprosesan serta pelupusan apa-apa sisa buangan terjadual. Kesalahan dibawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 ini boleh dikenakan hukuman maksima RM500,000, mandatori penjara maksima 5 tahun serta kompaun RM2,000 bagi tiap kesalahan. WARTAWAN: FAKHRUL RAZI ISMAIL FOTO: IHSAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan