PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH PADA HARI CUTI MINGGUAN

DOE Kedah 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI NEGERI KEDAH PADA HARI CUTI MINGGUAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

16 Mac 2024 Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah telah menjalankan rondaan dan pemantauan pencemaran alam sekitar di semua kawasan di Negeri Kedah semasa musim panas dan kering. Pemantauan ini bertujuan bagi mengesan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar dan risiko gangguan kesihatan kepada orang awam berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan terjadual, pelepasan effluen dan pelepasan bendasing ke udara oleh premis-premis yang tidak mematuhi had yang ditetapkan oleh JAS. Rondaan dan pemantauan yang dijalankan tertumpu di sekitar Kawasan Perindustrian Darulaman, Loji Rawatan Air Bukit Pinang, Kilang Gula Padang Terap dan kawasan sekitar. Rondaan juga diteruskan sehingga ke daerah Kota Setar dan Pendang dengan menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka. Komitmen berterusan Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bagi membanteras punca-punca pencemaran seperti pembakaran terbuka dan pelupusan haram buangan terjadual dapat dikawal dengan sepenuhnya pada tahap sifar bagi memastikan pematuhan yang baik demi kesejahteraan rakyat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan