PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

DOE Sabah 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG TARIKH : 13.03.2024 (RABU) MASA : 8.30 AM- 1.30 PM ANGGOTA : PJ MH & PPK AMM TUGAS : 1. Meninjau kebakaran ladang kayu akasia SFI di sempadan Beaufort/ Sipitang 2. Siasatan 7 hotspot di kawasan Beaufort dan Kuala Penyu. 3. Rondaan OMPT ?? KAWASAN RONDAAN: Beaufort - Kg Saliwangan - Kg Parang Besar - Kg. Padas Damit - Kg. Melabau - Kg. Takuli RUMUSAN 1??? Kebakaran ladang kayu akasia SFI * Team JAS Sipitang meninjau keadaan terkini kebakaran di kawasan ladang kayu akasia milik SFI yang telah terbakar selama seminggu * Drone diterbangkan pada dua lokasi. Tidak ada kelihatan asap. Mungkin awal pagi (9am) api masih belum marak dan jarak yang agak jauh. Imej drone telah diserahkan kepada bomba. 2??? Satu Hotspot di Hutan Simpan Padas Damit. - Kebakaran melibatkan kawasan belukar yang pernah terbakar pada 28/02/24. - Status kebakaran: Telah padam sendiri dengan sepenuhnya. - Tiada saksi ditemui di lokasi kejadian. - Keluasan kawasan terbakar dianggarkan 2 ekar. 3??? Tiga Hotspot di Kg. Kerukan/Berangkok. - Pemerhatian visual melalui dron di Kg. Padas Damit mendapati asap aktif dikesan dari arah Kg. Kerukan dan menandakan kebakaran masih marak. - Pemeriksaan desktop mendapati kawasan yang terlibat adalah kawasan belukar yang telah dilotkan. - Anggaran kawasan yang terlibat adalah 147 ekar. 4???Kebakaran Tanah Gambut di Kg. Takuli - Siasatan susulan setakat jam 12:00 PM mendapati kebakaran masih aktif dan merebak ke kawasan belukar yang bersempadan dengan ladang nenas sedia ada. - Tindakan pemadaman oleh 10 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Beaufort telah dijalankan pada 12/03/24, namun tidak dapat memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut. - Paras air di parit perimeter berada pada paras kritikal (anggaran 1 kaki) hingga menyebabkan teknik pemadaman secara pam air tidak dapat digunakan. - mohon JMG aktifkan pam air telaga tiub untuk meninggikan paras air parit & membekalkan air kepada bomba - Anggaran luas kawasan yang terjejas adalah 21 ekar. - Pengusaha ladang dan Pengerusi Ladang Nenas No. 2 Kg Takuli telah dihubungi oleh PPKK JJ untuk dirakam percakapan - IP sedang disediakan oleh ppkk JJ. 5??? Hotspot HS Binsuluk (Kg. Pimping) - GEC melaporkan kebakaran masih aktif setakat jam 12:00 PM. - Melibatkan kawasan belukar dalam sempadan Hutan Simpan Binsuluk yang bersempadan dengan kawasan ladang kelapa sawit. 6???Hotspot HS Binsuluk (Kg. Tandian) - GEC melaporkan kebakaran masih aktif dan dalam kawasan hutan simpan Binsuluk. - Merupakan kawasan yang pernah terbakar pada 25/02/24. 7???Hotspot HS Binsuluk (Kg. Lumat) - GEC melaporkan kebakaran melibatkan belukar sepanjang sempadan HS Binsuluk. - Kewujudan saliran dapat mengurangkan risiko api merebak ke kawasan hutan simpan. - Pihak Jabatan Perhutanan telah dimaklumkan dan pasukan drone SFD-IAC telah membuat pemantauan di lokasi. 8???Rondaan OMPT * Tiada PT dikesan sepanjang perjalanan * Hasil siasatan hotspot akan dikemaskini dalam eKAS. TINDAKAN 1??? Rondaan dari semasa ke semasa semasa musim kemarau 2??? kemaskini data ekas 3??? ppkk wana memberi data IPU terkini kepada ibubapa yg bimbang tenteng jerebu di Beaufort berdasarkan bacaan stesen di kimanis. Alat GRIMM belum lagi dipasang di Beaufort Cuaca: panas Sekian 13/3/24

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan