Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
TARIKH : 11.03.2024 (Isnin)
MASA : 9.30 pm - 3.00 PM
ANGGOTA : PPKK JJ & PJ MKA
TUGAS :
1. Siasatan aduan PT dalam ladang nenas di Kg. Takuli, Beaufort.
2. Pemeriksaan susulan hotspot (10.03.2024) di Kg. Nukahan
3. Menjejak poin lokasi PT yang dipinta oleh BOMBA BFT di lokasi bersebelahan Jln. Montenair Batu 70.
4. Rondaan darat. Pengaktifan PTPTK.
??KAWASAN RONDAAN:
Beaufort (Takuli/Nukahan) - Jln. Montenair Beaufort.
RUMUSAN
Ladang Nenas Kg. Takuli
1. Aduan berasas. 1 kawasan baharu sedang dibuka dan masih terdapat pembaraan. Keluasan tanah dianggarkan 2 ekar. Tiada menemui sesiapapun di lokasi berkenaan. Dron diterbangkan meninjau kebakaran dan tidak mengesan individu dalam kawasan tersebut.
2. Pasukan penyiasat memantau sekeliling lokasi dan menuju ke ladang nenas bersebelahannya. Seorang pekerja bukan orang tempatan (En. Paulus) memberikan sedikit maklumat ada PT dan asap di kebun sebelah berkenaan dan pelakunya (warga tempatan) menaiki motosikal tetapi dia tidak mengenalinya. Majikan En. Paulus bernama En. Azli (warga tempatan), IO akan menghubungi En. Azli untuk meminta maklumat.
Hotspot (10.03.2024) di Kg. Nukahan
1. Tinjauan mendapati api telah padam sepenuhnya. Kawasan yang terjejas adalah belukar tanah gambut. Terdapat 2 telaga tiub JMG dan sistem perparitan adalah baik. Peparitan didapati berkesan sebagai fire breaker kepada ladang sawit berhampiran.
2. Dron diterbangkan untuk mengesan sebarang asap tetapi tidak dikesan. Luas kawasan terjejas dianggarkan lebihkurang 40 ekar.
Menjejak poin lokasi PT di kawasan pedalaman Beaufort Bt.70 oleh BOMBA BFT
1. Pencarian dan menjejak lokasi berkenaan tidak berjaya kerana laluan darat (kenderaan) hanya setakat di Bt.62 dan selebihnya landasan keretapi.
2. Dron tidak diterbangkan kerana poin jarak lokasi masih jauh iaitu >12km. Kawasan topografi berbukit menyebabkan pandangan mata biasa tidak mengesan sebarang asap.
TINDAKAN
1. Meneruskan pemantauan aktiviti PT / rondaan darat.
2. Pemantauan menggunakan dron.
Cuaca: Cerah / berawan di beberapa kawasan
Sekian, dilaporkan.