PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN SIASATAN PT JAS SABAH

DOE Sabah 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN SIASATAN PT JAS SABAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

LAPORAN SIASATAN PT JAS SABAH ?? TARIKH : 10.03.2024 (AHAD) ??? MASA : 9 pagi - 5 petang ??????? ANGGOTA : Flying Squad JAS Negeri Sabah TUGAS : 1. Siasatan PT di sekitar Stesen IPU Politeknik KK berikutan peningkatan bacaan bacaan IPU. Rondaan diteruskan ke Tuaran dan Tamparuli. ?? KAWASAN RONDAAN : KKIP, Tuaran dan Tamparuli. ?? Cuaca: Panas dan kering Rumusan *Siasatan Lapangan 1. Hasil rondaan di kawasan berhampiran stesen IPU Politeknik KK mendapati masih terdapat kawasan belukar yang sedang terbakar di beberapa kawasan. 2. Pemadaman kebakaran di kawasan belukar yang tidak mempunyai jalan masuk belum dilaksanakan. 3. Menurut maklumat dari pihak JBPM Daerah Kota Kinabalu, helikopter jenis Mi-17 dari Miri telah tiba di Terminal 2 KK untuk bantuan pemadaman. Maklumat operasi pemadaman menggunakan heli Mi-17 belum diperolehi. 4. Pasukan bomba ground support "forest fire ops di KK - Tuaran - KB" sedang berkawal di kawasan yang mempunyai harta benda awam (rumah). 5. Tinjauan di sekitar Tamparuli turut menjumpai kebakaran belukar yang sedang berlaku dan tiada pemadaman dilakukan oleh JBPM Tuaran. Siasatan Desktop 1. Ibu pejabat JBPM Sabah telah dihubungi seawal 8.00 pg untuk mengetahui status pemadaman kawasan belukar yang terbakar di KK. 2. Menurut laporan yang dikongsi status beberapa kawasan yang terbakar adalah seperti berikut: A. Taman Puterajaya, Telipok, Kota Kinabalu - 30 ekar - lat long 6.076090, 116.184620 - lat long sumber air 6.102460, 116.157324 (Sungai) -Salut Seafood -Tempat landing helikopter pada lat long 6.076112, 116.184985 (padang bola masjid Ain Nur,Taman Puterajaya, Telipok). B. Kg Kimo-Kimo, Kota Belud - 70 ekar - lat long 6.398303, 116.481188 - lat long sumber air 6.455851, 116.510686 (sungai) - Tempat landing : 6.361245, 116.470959 Airstrip Kem Paradise C. Kg Kondis Kota Belud - 20 ekar - lat long 6.378624, 116.480702 - lat long sumber air 6.455851, 116.510686 (sungai) - Tempat landing : 6.361245, 116.470959 Airstrip Kem Paradise D. Kg Song- Song, Kg Suang Punggur & Kg Lingkodon, Kota Belud - 160 ekar - Lat long 6.365359, 116.383099 - lat long sumber air 6.340396, 116.385714 (sungai) - Tempat landing SMKA Tun Said 6.339412, 116.398891 Tindakan JAS Negeri Sabah : 1. Pemantauan berterusan. Team flying squad telah dan sedang digerakkan sejak pukul 9 pagi sehingg kini. 2. Pihak PSTW turut dihubungi untuk memastikan data bacaan IPU di stesen Politeknik KK tepat memandangkan terdapat beberapa punca kebakaran berhampiran stesen. 3. Bacaan IPU di stesen Politeknik KK akan dipantau bagi 12 jam dan 24 jam dan tindakan susulan selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Bacaan terkini ialah IPU >150 dan <200 dalam tempoh kurang 12 jam. Sekian

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan