Penerangan
04 Mac 2024, Ipoh - Lawatan tapak telah dihadiri oleh wakil Unit Proses EIA (Bahagian Pembangunan) JAS Negeri Perak, wakil Penggerak Projek, Kledang Quartz Sdn. Bhd. dan wakil Jururunding EIA, KenEp Consultancy & Services. Tujuan lawatan ke tapak cadangan projek diadakan adalah untuk melihat kesesuaian pembangunan projek di atas tapak yang dicadangkan bagi tujuan pemprosessan laporan EIA tersebut. Cadangan projek ini adalah tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu: Jadual Pertama, Aktiviti 19 : Kuari (Pengkuarian bahan batuan).