Penerangan
Pontian - 4 Mac 2023 : Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menyertai Coastal Conservation Campaign anjuran ATB Sdn. Bhd. Turut hadir menjayakan program ini adalah kakitangan ATB Sdn Bhd, wakil daripada Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Pontian.
Antara aktiviti yang diadakan adalah menanam 160 anak pokok bakau dan melepaskan 1000 ekor anak ikan ke dalam sungai.
Program ini merupakan salah satu usaha pihak syarikat ATB Sdn. Bhd. untuk memulihara alam sekitar seiring dengan pembangunan industri.