Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA JAS CAWANGAN ROMPIN
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 18/03/2024
- Organisasi
- DOE Pahang
- Lokasi
- Pahang
Penerangan
KUALA ROMPIN 11 Mac 2024 - Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Rompin telah menjalankan siasatan aduan pembakaran terbuka dan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT).
Pemantauan dan operasi ini dijalankan di Mukim Rompin dan Endau. Tiada pembakaran terbuka dikesan semasa rondaan di kawasan tersebut.
Banner Larangan Pembakaran Terbuka telah dipasang di kawasan tersebut bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.