26 - 27 Februari 2024, Teluk Intan – JAS Cawangan Teluk Intan telah menjalankan Ops Gempur bagi menguatkuasakan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Ops Gempur yang dijalankan pada kali ini menumpukan kepada premis bengkel kenderaan dan premis berefluen yang beroperasi di sekitar Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.
Operasi selama 2 hari ini melibatkan seramai 5 orang pegawai dari JAS Cawangan Teluk Intan dan dibahagikan kepada 2 pasukan penguatkuasa. Sebanyak 9 buah premis telah diperiksa dan tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan mengeluarkan 7 Field Citation dan 3 Notis Arahan manakala 2 premis tidak beroperasi semasa pemeriksaan. JAS Cawangan Teluk Intan sentiasa komited untuk memastikan setiap premis yang beroperasi sentiasa mematuhi AKAS, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan sebarang ketidakpatuhan oleh pihak premis akan diambil tindakan tegas dengan sewajarnya.
Orang awam boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 bagi menyalurkan sebarang aduan pencemaran, atau melalui emel ke
[email protected] untuk melaporkan sebarang aduan mengenai pencemaran.#kementeriansumberaslidankelestarianalam
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari