Penerangan
8/2/2024, KINTA – Bertindak atas aduan orang awam, sebuah premis yang menjalankan aktiviti peleburan dipercayai menghasilkan ingot aluminium hari ini dikenakan notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 oleh JAS Perak.Operasi ini telah dijalankan secara bersepadu bersama-sama pihak Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), Pejabat Tanah dan pihak polis.Semasa pemeriksaan dijalankan, premis didapati bertutup dan tidak beroperasi. Hasil siasatan mendapati bahawa premis telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.Siasatan juga mendapati bahawa premis tidak mempunyai lesen perniagaan daripada Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).Orang awam diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat dan bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 dan http://eaduan.doe.gov.my
#NRECC
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_februari2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari