PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PERHIMPUNAN BULANAN & PROGRAM IHYA RAMADHAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK

DOE Perak 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERHIMPUNAN BULANAN & PROGRAM IHYA RAMADHAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERAK
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

11 Mac 2024, Ipoh -   Perhimpunan Bulanan Bil.2/2024 Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah diadakan dan Ybhg. Dato' Ts. Dr Haji Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menyampaikan kata-kata amanat  kepada semua warga jabatan berkaitan nilai integriti perkhidmatan awam.  Jabatan juga telah menerima seorang pegawai baru En Muhammad Khalid Bin Mohd Kamarudin diucapkan selamat datang dan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik. Seterusnya majlis penamatan latihan praktikal Cik Mishalynee A/P V.S. Shanthirasegaran, semoga terus maju jaya dalam bidang yang diceburi kelak. Majlis diteruskan lagi dengan Program Ihya Ramadhan sempena menyambut Bulan Ramadhan yang bakal menjelang pada 12 Mac 2024 ini. Jemputan penceramah Tuan Haji Mohammad Rozie Bin Haji Mohd Rejab, CMILT  merupakan Pengarah Urusan MROZIE Holdings Sdn. Bhd. dengan tajuk ceramahnya "Bahana Fitnah". Semoga dengan kedatangan bulan kemuliaan ini, warga jabatan JAS Perak dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh Nya.     #NRES #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_mac2024 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan