Penerangan
23 Februari 2024, Kampar – satu Ops Gerak bagi kawalan pelepasan asap hitam dari kenderaan diesel telah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Anggota Unit Peronda Lebuhraya (EMPV). Operasi ini di jalankan di KM 236, Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara (Vista Point). Sepanjang operasi ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengeluarkan (4) empat notis arahan uji semula kepada semua pemilik kenderaan yang melanggar dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996
Orang ramai terutama yang menggunakan kenderaan diesel dinasihatkan supaya melakukan penyelenggaraan kenderaan mengikut waktu yang telah ditetapkan secara berkala.
‘Kami yang menjalankan amanah’
#NRECC
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_mac2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari