Kuala Lumpur, 22 Februari 2024 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan pemeriksaan ke salah satu premis pembuatan makanan di sekitar Kuala Lumpur. Premis ini menjalankan perniagaan keluarga dengan menjalankan aktiviti pembuatan kicap soya secara kecil-kecilan. Pemeriksaan premis ini adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Premis telah memasang alat pembakaran bahanapi yang digunakan untuk memanaskan kacang soya untuk dibersih dan dikisar halus sebagai bahan mentah dalam pembuatan kicap.
Pemeriksaan ini diadakan bagi memastikan pihak premis sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pihak premis telah diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti mengemukakan percontohan cerobong seperti yang termaktub dalam Peraturan 16, PUB 2014. Sebarang ketidakpatuhan terhadap perundangan tersebut akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.
JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
- Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke [email protected] ; dan
- Portal Aduan https://[email protected]