Penerangan
Kuala Lumpur, tarikh 27 Februari 2024 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan operasi ujian saksi pelepasan asap hitam dari kenderaan bagi penguatkuasaan kawalan pelepasan asap hitam dari kenderaan di PUSPAKOM, Jalan Genting Klang , Kuala Lumpur.
Sebanyak 25 kenderaan telah diuji bagi memastikan pemilik dan pengguna kenderaan mematuhi paras pelepasan asap hitam yang telah ditetapkan dalam PPKAS ( Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Dari 25 kenderaan yang telah diuji dan hasil ujian mendapati semua kenderaan patuh had pelepasan yang ditetapkan.
JAS WPKL akan terus komited menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sebarang ketidakpatuhan terhadap perundangan tersebut akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.