Kuala Lumpur, 29 Februari 2024 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan pemeriksaan ke sebuah pusat servis kenderaan di sekitar Segambut, Kuala Lumpur. Premis ini adalah pengeluar buangan terjadual seperti antaranya minyak pelincir terpakai (SW 305) dan emulsi minyak mineral – air terpakai (SW 307). Pemeriksaan ke atas premis ini adalah berdasarkan Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Sebanyak 2 kompaun telah ditawarkan kepada pihak premis kerana pengurusan buangan terjadual yang tidak mematuhi peraturan dan pihak premis telah diarahkan untuk mengambil tindakan pembetulan dengan segera.
Pihak premis diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sebarang ketidakpatuhan terhadap perundangan tersebut akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.
JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke [email protected] ; dan
- Portal Aduan https://[email protected]