PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OP BERSEPADU / OP PERDAGANGAN BSPTD GOMBAK BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR SELANGOR

DOE Selangor 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OP BERSEPADU / OP PERDAGANGAN BSPTD GOMBAK BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR SELANGOR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

Gombak, 22 Februari 2024 (Khamis) - Seramai 11 anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan 6 pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Selangor telah menjalankan Op Bersepadu/ Perdagangan BSPTD Gombak bersama Jabatan Alam Sekitar Selangor di KM 16 Jalan KL - Ipoh. Operasi yang dijalankan bermula jam 10.30 pagi sehingga 12.00 tengahari bersama Jabatan Alam Sekitar Selangor bertujuan untuk memberi penumpuan terhadap kesalahan asap dari ekzos kenderaan perdagangan yang mengunakan enjin diesel dengan berat tanpa muatan dibawah 3000 kg serta lain-lain kesalahan trafik. Semasa Operasi dijalankan BSPT telah membuat pemeriksaan terhadap 77 buah kenderaan, 88 orang dan telah mengeluarkan saman PDRM 257 sebanyak 55 keping atas pelbagai kesalahan trafik. Manakala JAS telah membuat pemeriksaan keatas kenderaan perdaganan sebanyak 54 buah , 3 kenderaan telah diberi notis di bawah seksyen 48A dan 2 kenderaan telah dikeluarkan kompaun. Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan Jabatan Alam Sekitar akan sentiasa bekerjasama untuk menjalankan operasi bersepadu secara berkala dan berterusan untuk memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang- undang yang telah ditetapkan dan juga untuk menjamin persekitaran yang selamat kepada pengguna jalan raya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan