PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Peralatan Teknikal|Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

BENGKEL BERKAITAN ASPEK-ASPEK TEKNIKAL YANG MELIBATKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PADA 21 FEBRUARI 2024 ANJURAN MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG (MBDK)

DOE Selangor 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL BERKAITAN ASPEK-ASPEK TEKNIKAL YANG MELIBATKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PADA 21 FEBRUARI 2024 ANJURAN MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG (MBDK)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

KLANG, 21 FEBRUARI 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah mendapat jemputan untuk memberikan ceramah serta perkongsian pengalaman berkaitan aspek-aspek teknikal melibatkan Kesihatan dan Keselamatan serta pendedahan kepada kakitangan majlis berkaitan keperluan penggunaan peralatan-peralatan teknikal dalam melaksanakan tugas dilapangan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Zaireezal Bin Ahmad Zainuddin, Timbalan Datuk Bandar MBDK. Seramai lebih 40 kakitangan MBDK daripada berbagai Jabatan di bawah MBDK telah menghadiri bengkel ini. Turut sama menjayakan bengkel ini adalah wakil daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor dan wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan MBDK berkaitan peranan serta tanggungjawab agensi-agensi lain serta perkongsian pengalaman terutama yang melibatkan isu pencemaran, langkah-langkah kawalan serta permohonan industri dalam Kebenaran Merancang (KM), kedudukan zoning industri, peralatan kawalan, konsep Pematuhan Kendiri (Guided Self-Regulation) serta keperluan pengusaha premis dalam pengurusan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk pihak MBDK melaksanakan kepada sektor premis di kawasan pentadbiran mereka.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan