Penerangan
RAWANG, 6 MAC 2024 - Susulan aduan mengenai kekeruhan di Sungai Sembah yang berpotensi menyebabkan gangguan ke atas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, unit penguatkuasaan EIA Jabatan Alam Selangor (JAS) telah menjalankan siasatan lanjut di tapak sebuah projek pembangunan yang sedang aktif menjalankan kerja tanah. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34A(7) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Arahan serta merta telah dikeluarkan kepada kontraktor projek untuk menghentikan pengaliran sedimen dari tapak projek dan menyelenggara struktur Best Management Practices (BMPs).