Penerangan
SHAH ALAM, 6 MAC 2024 - Unit Pendidikan dan Pengawasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan sesi perbincangan bersama Rakan Alam Sekitar UiTM-SC daripada UiTM Shah Alam yang diketuai oleh Ts. Nur Ain Mohd Zainuddin (Penasihat Program) di Pejabat JAS Selangor. Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membincangkan jalinan kerjasama bagi program kesedaran alam sekitar yang akan diadakan sempena sambutan Hari Bumi 2024 Peringkat Negeri Selangor.