TARIKH : 25 Feb. 2024 (Ahad)
MASA : 10.00Pagi - 6.00Petang
LOKASI RONDAAN:
- Jalan Johan Setia
- Jalan Hj Mat Yudin
- Jalan Tengah 1
- Jalan Tengah 2
- Jalan Kebun Nenas
- Jalan 10
- Jalan Sempadan
- Jalan Sijangkang Utama
- Jalan 6
- Jalan Sopan
- Jalan Pemurah
Sepasukan pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah melakukan rondaan di kawasan Revolusi Hijau, Johan Setia. Bacaan suhu 34°C. Rondaan dimulai dari Jalan Johan Setia dan melalui jalan-jalan seperti senarai diatas.
Semasa peronda melalui Jalan 10 mendapati terdapat longgokan sisa-sisa sampah domestik dan kayu yang mana berpotensi besar akan dibakar. Amaran telah dipanjangkan kepada peronda-peronda agar kerap melalui jalan ini semasa rondaan.
Pemantauan paras air parit di sekitar kawasan pertanian Johan Setia berada pada paras biasa.Tiada pembakaran terbuka atau asap dikesan di dalam kawasan pertanian Johan Setia. Secara keseluruhan keadaan adalah baik dan terkawal.