PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

LAPORAN RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DI KAWASAN REVOLUSI HIJAU - 27 FEB 2024

DOE Selangor 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DI KAWASAN REVOLUSI HIJAU - 27 FEB 2024
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

Tarikh : 27 Feb 2024 (Selasa) Masa : 5:00pm - 9:00pm Kawasan Rondaan di Revolusi Hijau Johan Setia: ?? Jln Johan Setia ?? Jln Sopan ?? Jln Klang Banting ?? Jln Tengah ?? Jln 6 ?? Jln 4 ?? Jln 4A ?? Jln Sijangkang Utama Semasa rondaan dijalankan keadaan cuaca cerah serta berangin. Catatan suhu di Johan Setia ialah 34°C. Semakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kawasan Johan Setia menerusi aplikasi MyIPU ialah dalam keadaan sederhana (88) Rondaan dimulai dari Jalan Johan Setia dan melalui jalan-jalan seperti senarai diatas. Rondaan di Jalan tengah mendapati aktiviti pertanian oleh petani giat berjalan. Semasa rondaan terdapat beberapa petani membuat longgokan sisa pertanian yang disyaki untuk dilupus secara pembakaran. Pasukan telah memberi amaran keras lisan kepada petani supaya tidak membuat pembakaran. Pemantauan paras air parit di sekitar kawasan pertanian Johan Setia berada pada paras biasa. Sebahagian lokasi paras air seperti di Jalan 4 dan Jalan Sijangkang utama paras air adalah rendah. Infrastruktur pencegahan kebakaran berada dalam keadaan baik. Terdapat sebahagian infra seperti piezometer perlu dilaksanakan penyelenggaraan kerana telah dilitupi Lalang. Pasukan juga telah menerbangkan dron di Jalan 4 bagi memantau keseluruhan sudut pandang atas Kawasan johan setia. Pamantauan secara radius mendapati tidak dikesan sebarang pembakaran atau berasap.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan