Penerangan
LIPIS, 5 Mac 2024 - Pasukan Penguatkuasaan JAS Cawangan Cameron Highlands telah menjalankan pemeriksaan ke atas kilang-kilang minyak kelapa sawit mentah serta ladang di Daerah Lipis bagi memastikan pematuhan berterusan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi mengambil tindakan mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS Negeri Pahang sentiasa komited dalam menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan terhadap premis-premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar.