Penerangan
KUANTAN, 26 Februari 2024 - Pengarah JAS Negeri Pahang, Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob menerima kunjungan daripada Pengurus Besar TNB Negeri Pahang En. Affendi bin Abd Rahman. Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengarah (Operasi) JAS Pahang.
Pertemuan ini membincangkan isu alam sekitar dan penglibatan bersama untuk program pada masa akan datang, dalam usaha menyebar maklumat dan mempertingkatkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan rakyat setempat.