PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAWATAN TAPAK EIA BAGI PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN

DOE Pahang 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TAPAK EIA BAGI PEMBANGUNAN DI KAWASAN CERUN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang>Bentong

Penerangan

BENTONG, 26 Februari 2024 - Unit Penilaian EIA, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menjalankan satu lawatan tapak EIA untuk tapak cadangan projek di Mukim Bentong, Daerah Bentong, Pahang yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan) JAS Pahang, penggerak projek dan perunding. Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan maklumat yang tepat di tapak sedia ada dan keadaan semasa tapak cadangan projek mengikut kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA ini boleh diluluskan. Cadangan projek ini berkeperluan untuk menyediakan laporan EIA kerana aktivitinya yang tertakluk di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan