PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MAJLIS PELUNCURAN STRUKTUR PLATFORM DAN SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN BAHARU MSM PRAI BERHAD

DOE Pulau Pinang 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PELUNCURAN STRUKTUR PLATFORM DAN SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN BAHARU MSM PRAI BERHAD
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

5 MAR 2024, PRAI- JAS Pulau Pinang telah dijemput ke Majlis Peluncuran Struktur Platform dan Sistem Pengolahan Efluen Baharu MSM Prai Berhad di MSM Prai Berhad, Seberang Perai. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Hadir sama pada majlis ialah YB. Dato' Seri Sundarajoo a/l Somu, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar, YBhg. Datuk Syed Hisham Syed Wazir, Pengerusi MSM Malaysia Holdings Berhad, YBrs. En. Hasni Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM dan dif-dif kehormat yang lain. TYT Tun turut menyempurnakan majlis dengan mengucapkan lafaz serta menandatangani plak sebagai simbolik perasmian, seterusnya diiringi dif- dif kehormat melawat ke sekitar gudang gula mentah bagi melihat sendiri operasi harian di kilang tersebut. MSM Prai Berhad juga merupakan rakan strategik JAS Pulau Pinang dalam menjayakan program kesedaran alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan