Penerangan
08 Mac 2024, MELAKA - Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan Ops Gempur bil 03/2024 ke atas sebuah loji kumbahan di Cheng, Melaka pada 06 Mac 2024. Hasil siasatan mendapati premis tersebut mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling , Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 .
Pihak premis diingatkan untuk sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada setiap masa serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa kacauganggu kepada reseptor sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama