PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BERSEPADU BIL 3/2024 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

DOE Melaka 18/03/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BERSEPADU BIL 3/2024 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

7 Mac 2024, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 3/2024 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT), Premis Yang Ditetapkan (PYBDT) dan Loji Rawatan Kumbahan bertarikh 5 hingga 7 Mac 2024. Operasi Gempur ini dianggotai seramai 15 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan sebanyak 13 premis telah diperiksa yang membawa kepada 13 Arahan di Lapangan, 1 penyediaan kertas siasatan bagi Izin Mengkompaun dan 1 Notis Arahan telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan