1 Mac 2024, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 2/2024 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) dan premis-premis yang ditetapkan (PYDT) bertarikh 28 hingga 29 Februari 2024.
Operasi bersepadu ini dianggotai seramai 19 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan sebanyak 12 premis telah diperiksa yang membawa kepada 12 Arahan di Lapangan, 6 Tawaran Kompaun , 3 penyediaan kertas siasatan bagi Izin Mengkompaun, dan 3 Notis Arahan telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di atas pelanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka