Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT
TARIKH : 07.03.24
MASA : 8.00 AM - 05.00 PM
ANGGOTA : PPK WANA/PJ ER/PO AY
TUGAS :
1. Siasatan Aduan PT Kg Binaong Keningau
2. Siasat aduan korek pasir di Sg Pegalan
3. Rondaan Darat
4. Rakaman Percakapan PT Kg Baru Keningau
KAWASAN RONDAAN:-
Keningau - Beaufort
PENEMUAN :
1??? Siasatan aduan PT
- Aduan berpunca dari PT yang dilakukan AJK Masjid Nur Islam yang menjalankan kerja gotong royong membersihkan kawasan masjid pada hari Sabtu
- Siasatan telah dibuat dan mendapati aduan adalah berasas kerana terdapat kesan PT dilakukan di luar masjid
- Salah seorang jemaah masjid yang ditemui semasa siasatan telah diberi amaran lisan/risalah/poster untuk diletakkan di kawasan masjid berkenaan dan disampaikan kepada AJK masjid bagi dibuat hebahan
- Pasukan juga telah berjumpa dengan JKK Kg Binaong untuk sampaikan risalah/poster/amaran lisan kepada semua penduduk kampung semasa musim kemarau
2??? Siasatan aduan korek pasir
- Aduan berpunca dari aktiviti pengorekan pasir/batu oleh kuari di sungai Pegalan yang menyebabkan air sungai keruh
- Semasa siasatan, tidak terkesan apa-apa aktiviti pengorekan pasir di sungai berkenaan
- Pengadu telah dihubungi untuk bertanya lebih lanjut berkaitan aduan tetapi tidak dapat memberi info yang lengkap kerana hanya membantu kawan untuk sampaikan aduan kepada pihak JAS
- Hanya 2 buah kuari dikesan di sungai Pegalan iaitu Magatang Kuari dan 1 kuari telah tutup tidak pasti nama.
- Tiada kerja pengorekan pasir/batu dilakukan semasa siasatan di Magatang Kuari dan tiada sesiapa di kawasan berkenaan boleh dijumpai
- Sungai pagalan dilihat sedikit keruh mungkin faktor kerja-kerja yang dibuat dihulu sungai atau hujan dikawasan hulu
- Aduan tidak berasas setakat ini dan akan disiasat semula jika ada aduan berulang di kawasan berkenaan
3??? Rondaan Darat
- Tiada PT dikesan
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
1. Hasil siasatan pengorekan pasir/batu di Sungai Pegalan dimajukan kepada agensi berkaitan untuk pemantauan
2. Rondaan dari masa ke semasa
Cuaca : Panas
Sekian.