PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG

DOE Sabah 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG TARIKH : 02.03.2024 (Sabtu) MASA : 11.00 AM - 4.00 PM ANGGOTA : PPK WANA, PJ ER, PJ MKA TUGAS : 1. Pemantauan infrastuktur tanah gambut sekatan saliran 2. Pemantauan PT di Luagan, Pt Nukahan, PT Kg Kubu/Selagon 3. Rondaan Darat ?? KAWASAN RONDAAN: Beaufort - Luagan - Bingkul - Nukahan - Kuala Penyu - Membakut RUMUSAN 1??? Pemantauan infrastuktur tanah gambut sekatan saliran - Pemantauan di buat di sekatan saliran Klias dan mendapati air masih mengalir melepasi sekatan saliran. Air masih di paras normal - Pemantauan juga dibuat dari menara tinjau pusat paya gambut Luagan dan masih terkesan asap di kawasan luagan dan tiada asap aktif dari kawasan Klias 2??? Siasatan PT di Kg Luagan - Asap masih aktif dan tiada sesiapa di kawasan berkenaan ditemui untuk dapatkan info berkaitan kebakaran - Siasatan akan diteruskan dan pemilik tanah yang terbakar akan dikenalpasti di JTU 3??? Siasatan PT di Nukahan - susulan maklumat yang diterima dari GEC kelmarin, pasukan telah ke kawasan berkenan untuk jalankan siasatan - Guna tanah kawasan sekitar adalah kebun kelapa sawit dan ada beberapa rumah penduduk kampung - Kawasan yang terbakar adalah belukar / padang ragut - Hasil temubual dengan penduduk Kampung Nukahan (rumah berhampiran kawasan PT), beliau memaklumkan PT berkemungkinan dilakukan oleh orang awam yang memancing di sekitar tali air kerana api bermula di tali air tersebut - Lokasi PT adalah bersempadanan dengan Ladang Sawit Popular Image dan pasukan juga telah berjumpa dengan Manager ladang, Tuan Dakirin Bin Motiun. Beliau memaklumkan pekerjanya turut membantu memadam kebakaran kerana jentera Bomba tidak dapat masuk ke kawasan berkenaan disamping khuatir pokok sawit mereka terbakar. Kawasan berkenaan selalu menjadi tumpuan pemancing dan orang luar boleh bebas masuk ke situ kerana bukan dalam tanah milik persendirian - Pemeriksaan melalui JTUWMA Pro mendapati kawasan tersebut belum ada pemilik - PT telah berjaya dikawal pihak Bomba/pekerja ladang dan penduduk berhampiran sekitar 7 malam (1/3/24) dan keluasan kebakaran dianggar 3 ekar - Siasatan PT akan diteruskan jika terdapat bukti baru 4??? PT di Kg Kubu/Selagon - Asap masih aktif dan tiada petunjuk baru untuk siasatan disambung TINDAKAN 1. Manager ladang sawit telah dinasihatkan untuk tidak membenarkan apa-apa PT dikawasan ladang berkenaan dan sentiasa memantau kawasan ladang dari dimasuki orang awam kerana ramai yang menggunakan laluan ladang mereka untuk ke HS Binsulok bagi tujuan memburu/memancing 2. Edaran risalah PT kepada penduduk sekitar 3. Rondaan dari semasa ke semasa semasa musim kemarau Cuaca: Panas dan mendung Sekian 2/3/24

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan