Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
TARIKH : 02.03.2024 (Sabtu)
MASA : 10.00 AM- 3.00 PM
ANGGOTA : PPKK JJ, PPK AMM, PJ MH
TUGAS :
1. Siasatan 3 hotspot di Sipitang
2. Rondaan Darat
?? KAWASAN RONDAAN:
Beaufort - Lumadan - Sipitang - Kg Banting.
RUMUSAN
1??? Dua Hotspot di Kg. Kawang.
- Dua hotspot yang dicerap pada 29/2/24 berada dalam lokaliti yang sama.
- Status kebakaran masih aktif berikutan asap yang dikesan melalui tinjauan dron.
- kawasan yang terlibat adalah belukar.
- anggaran kawasan terbakar adalah 44 hektar.
- punca kebakaran sukar dikenalpasti.
- tanah di kawasan tersebut adalah jenis tanah berpasir (mygems).
2??? Hotspot Kg. Banting
- satu hotspot dikesan pada 01/03/2024.
- kebakaran masih aktif dan marak.
- melibatkan kawasan belukar dengan anggaran keluasan 21.3 hektar (termasuk kebun nenas 10 ekar).
- kebakaran turut merebak di kawasan belukar seberang jalan dengan anggaran keluasan 56.8 hektar (poligon kuning).
- kerja pemadaman sedang giat dijalankan oleh Jabatan Bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan pemilik kebun.
- Menurut pengawal keselamatan SOGIP, kawasan tersebut terdedah kepada aktiviti pemburuan dan pertanian yang berisiko menjadi punca kebakaran.
- tanah jenis aluvium (mygems).
3??? Rondaan Darat
- Bekas kebakaran turut dikesan bersebelahan ladang SLDB Mesej Banting, tetapi tidak dicerap sebagai hotspot.
- tiada kebakaran lain dikesan sepanjang laluan rondaan.
TINDAKAN
1. Temubual, nasihat dan edaran poster kesedaran larangan PT kepada penduduk setempat dan pengawal keselamatan SOGIP.
2. Rondaan dari semasa ke semasa semasa musim kemarau.
3. Hasil siasatan hotspot telah dikemaskini dalam eKAS.
Cuaca: Panas dan hujan???????? di Lumadan - Beaufort.
Sekian.