Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
TARIKH : 01.03.2024 (Jumaat)
MASA : 02.00 PM- 5.30 PM
ANGGOTA : PPK AMM, PJ MH
TUGAS :
1. Siasatan 2 hotspot (28/2/24) di Padas Damit
2. Rondaan Darat tanah gambut
?? KAWASAN RONDAAN:
Beaufort - Padas Damit - Bintuka - Nukahan
RUMUSAN
1??? Hotspot Padas Damit
- Dua hotspot yang dicerap pada 28/2/24 berada dalam lokaliti yang sama.
- Status kebakaran telah padam sendiri sepenuhnya.
- kawasan yang terlibat adalah belukar/padang ragut yang bersempadan ladang kelapa sawit.
- anggaran kawasan terbakar adalah 10 hektar.
- punca kebakaran tidak dikenalpasti.
- Hasil siasatan hotspot telah dikemaskini dalam eKAS.
2??? Rondaan Darat
- Hasil maklumat dari GEC, pasukan telah menemui kebakaran di kg. Nukahan iaitu melibatkan kawasan belukar/padang ragut.
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu berada di lokasi kejadian untuk menjalankan kawalan dan pemadaman yang tertumpu kepada rumah kediaman berhampiran jalan besar.
- tindakan susulan untuk mengenalpasti pemilik tanah (JTU) dan siasatan / temuduga dengan pemimpin masyarakat di Kg Nukahan untuk mengenalipasti pelaku ( bukti aktiviti pembukaan tanah)
TINDAKAN
1. Amaran, nasihat dan risalah diberikan kepada penjaga rumah burung walit berhampiran dengan lokasi hotspot.
2. Rondaan dari semasa ke semasa semasa musim kemarau.
3. Kemaskini ekas (hotspot)
Cuaca: Panas dan berawan
Sekian
1/3/24