PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG

DOE Sabah 18/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
18/03/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG TARIKH : 01.03.2024 (Jumaat) MASA : 11.00 AM - 3.00 PM ANGGOTA : PPK WANA, PJ ER, PO AY TUGAS : 1. Pemantauan PT di Luagan dan Kg Kubu/Selagon 2. Rondaan Darat ?? KAWASAN RONDAAN: Beaufort - Jalan Kubu/Selagon - Luagan RUMUSAN 1??? Pemantauan PT di Kg Kubu/Selagon - Susulan kes PT di Kg Kubu/Selagon, pasukan telah menyemak status pemilikan tanah di JTU. Hasil semakan, hanya nama pemilik tanah yang tidak melebihi 10 ekar sahaja diperoleh dan tiada maklumat lain seperti no fon/alamat terkini di JTU. Pemilik tanah melebihi 10 ekar perlu dirujuk di JTU KK - Pasukan telah pergi semula di lokasi dan berjumpa dengan pekerja ladang sawit berhampiran lokasi PT, En Rusli. Beliau memaklumkan PT adalah berpunca dari aktiviti memburu payau di tanah milik tuannya yang belum diusahakan (belukar). Identiti pemburu tidak dikenalpasti memandangkan banyak orang keluar masuk ke kawasan berkenaan. - Beliau ada menegur pelaku untuk tidak membakar tetapi tidak dihiraukan. En Rusli keluar ke ladang lain dan sekembalinya beliau ke ladang sawit Kg Kubu/Selagon, pembakaran telah merebak dan cuba juga dipadam. Keesokkannya kebakaran telah marak semula dan tidak lagi dapat dikawal. Tiada kelibat pemburu setelah tanah tuannya terbakar. Beberapa batang pokok sawit milik mereka juga terkesan dari kebakaran tersebut - Banyak laluan lain yang boleh dilalui oleh pemburu untuk masuk ke kawasan hutan berkenaan jika menggunakan motosikal/berjalan kaki - Pasukan juga telah berjumpa dengan JKK Kg Baru/Selagon untuk menyampaikan larangan PT kepada semua pemilik tanah/orang kampung semasa musim kemarau 2??? Rondaan Darat - Masih terkesan asap aktif di kawasan PT yang dilaporkan bagi Kg Luagan dan Kg Kubu/Selagon TINDAKAN 1. FC telah dikeluarkan kepada pemilik kebun sawit untuk meletakkan tanda amaran larangan PT di kawasan berkenaan dan mengawal keluar masuk orang awam ke kawasan berkenaan memandangkan tanah adalah milik sendiri 2. FC juga dikeluarkan kepada JKK Kampung Baru/Selagon untuk sampaikan amaran larangan PT pada musim kemarau kepada penduduk kampung 3. Pelaku PT tidak dapat dikenalpasti dan akan teruskan siasatan jika ada maklumat baru diperoleh 4. Siasatan PT di Luagan akan diteruskan esok 5. Rondaan dari semasa ke semasa semasa musim kemarau Cuaca: Panas dan sedikit hujan Sekian

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan