Penerangan
01 Mac 2024, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan Ops Gempur Bil 2/2024 pada 29 Februari 2024 ke atas sebuah bengkel di Kawasan Semabok, Melaka. Hasil siasatan premis ini tertakluk dan patuh kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 . Pihak premis diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama