Penerangan
CHUPING, 1 Mac 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan pengawasan kerja-kerja pelupusan satu unit Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah (SPeKAT) yang berada dalam kawasan pembangunan projek Perlis Inland Port (PIP) di Chuping, Perlis.
Pelupusan stesen pengawasan ini telah mendapat kelulusan oleh Bahagian Air Dan Marin, JAS Ibu Pejabat setelah mempertimbangkan permohonan pihak pemaju projek, iaitu Mutiara Perlis Sdn Bhd untuk memindahkan stesen pengawasan tersebut yang berada dalam kawasan pembangunan landasan keretapi.
Susulan itu, pihak Mutiara Perlis Sdn. Bhd. akan membina SPeKAT yang baru di lokasi yang bersesuaian bagi memastikan impak guna tanah sekitar kawasan tersebut terhadap kualiti air tanah dapat terus dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar.