Kuala Lumpur, 19 Februari 2024 – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan pemeriksaan ke premis kejuruteraan dan bengkel penyelenggaraan kenderaan yang terletak di kawasan sekitar Cheras, Kuala Lumpur.
Premis ini menjana buangan terjadual antaranya adalah minyak pelincir terpakai dan bekas/ kelengkapan yang dicemari dengan minyak mineral yang mana tertakluk kepada Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Semakan inventori buangan terjadual premis di dalam Electronic Scheduled Waste Information System ataupun dikenali sebagai sistem eSWIS, turut dilaksanakan.
Pemeriksaan ini diadakan bagi memastikan pihak premis sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pihak premis diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sebarang ketidakpatuhan terhadap perundangan tersebut akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.
JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut:
- Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke [email protected] ; dan
- Portal Aduan https://[email protected]