PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL) KE TAPAK PROJEK EIA.

DOE WP Kuala Lumpur 06/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL) KE TAPAK PROJEK EIA.
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
06/03/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

21 FEBRUARI 2024, TAMAN BERINGIN, KEPONG – Pemeriksaan ke atas projek pembangunan stesen pemindahan sisa pepejal telah dijalankan oleh pegawai penguatkuasa JASWPKL. Pemeriksaan secara berkala ini bertujuan bagi memastikan penggerak projek dan orang yang menjalankan aktiviti yang ditetapkan itu sentiasa mematuhi syarat-syarat EIA yang telah diluluskan. Pembinaan stesen pemindahan sisa pepejal ini merupakan projek nasional yang diselia oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). Sebarang ketidakpatuhan terhadap syarat EIA merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 34A (8) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 di mana denda tidak lebih daripada RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM1,000.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan