Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al Rahmah telah mengadakan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik Isi Rumah bagi memudahkan komuniti setempat untuk melupuskan buangan tersebut dengan cara yang betul dan selamat.
Kempen yang diadakan di perkarangan Masjid Al Rahmah, Taman Wira Mergong, Alor Setar dari 28-29 Februari 2024 telah mendapat sambutan yang baik dari komuniti setempat. Melalui kempen ini juga, ia secara tidak langsung dapat menyalurkan maklumat terkini berkenaan kepentingan melupuskan buangan dengan cara yang betul. Jumlah buangan elektrik & elektronik isi rumah yang dikumpul adalah sebanyak 624kg.
Peranan komuniti juga amat penting di dalam menyokong usaha-usaha sebegini bagi mewujudkan persekitaran alam sekitar yang lestari dan sempurna.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah akan terus menjalankan kempen-kempen sebegini di masa akan datang bagi menyemai kesedaran yang positif bagi mewujudkan persekitaran yang sihat serta kondusif untuk didiami oleh komuniti setempat.
"EWASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"