PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

OPS BERSEPADU JAS-MPKu, KILANG PIROLISIS TAYAR TERPAKAI HARAM DIKENAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN

DOE Johor 03/03/2024 4 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU JAS-MPKu, KILANG PIROLISIS TAYAR TERPAKAI HARAM DIKENAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
03/03/2024
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

29 FEBRUARI 2024, Kulai, Johor - Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat), JAS Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan susulan aduan awam ke atas satu premis pirolisis tayar terpakai haram dalam Ops Bersepadu bersama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu). Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas empat (4) unit Rotary Kiln telah diambil dan penguatkuasa MPKu telah mengambil tindakan menutup operasi premis. Aktiviti pirolisis tayar terpakai adalah tertakluk kepada keperluan menyediakan dan mendapatkan kelulusan laporan EIA sebagaimana ditetapkan Jabatan sebelum memulakan operasi. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan