Penerangan
27 Februari 2024, Pasir Gudang – Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat susulan aduan pencemaran udara.
Siasatan mendapati premis tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 antaranya, kegagalan dalam pengendalian sistem kawalan pencemaran udara dan gagal menjalankan pemantauan prestasi setiap komponen sistem kawalan pencemaran udara. Arahan lapangan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil tindakan penambaikan dengan segera.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.