Penerangan
26 Februari 2024, Pasir Gudang – Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon telah mengadakan lawatan kerja ke empat (4) batang sungai di sekitar kawasan Pasir Gudang bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pasir Gudang. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai – pegawai daripada Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Empat batang sungai yang dilawati adalah Sungai Perembi, Sungai Tukang Batu, Sungai Buluh dan Sungai Kim-Kim.
Pihak industri dikehendaki memastikan sebarang pencemaran alam sekitar yang boleh menjejaskan kesihatan awam tidak berlaku dan sentiasa mematuhi semua Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) yang termaktub di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.