Penerangan
KANGAR, 28 Februari 2024- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penilaian EIA (EIATRC) yang dipengerusikan oleh Encik Jamal Affendy Bin Shahar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah diadakan bagi membincangkan Laporan ElA cadangan pembangunan Zon Ekonomi Agribio NCER (NAEZ) di Chuping, Perlis.
Mesyuarat yang diadakan secara hibrid dihadiri oleh pelbagai agensi berkepentingan di Negeri Perlis telah membincangkan isu-isu pengurusan alam sekitar berdasarkan kepada pembentangan laporan oleh pemaju projek dan jururunding alam sekitar berdaftar yang dilantik.
JAS Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam proses penilaian laporan EIA ini bagi memastikan pembangunan yang mampan di Negeri Perlis tanpa mengabaikan kelestarian alam sekitar.