PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK (BEE) ISI RUMAH DI MASJID IBADUR RAHMAN KEPALA BATAS, PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 03/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK (BEE) ISI RUMAH DI MASJID IBADUR RAHMAN KEPALA BATAS, PULAU PINANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
03/03/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

11 FEBRUARI 2024, KEPALA BATAS - Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal & Elektronik (BEE) telah diadakan di selama dua (2) hari di perkarangan Masjid Ibadur Rahman Kepala Batas bermula dari 10 Februari 2024 sehingga 11 Februari 2024. Pameran alam sekitar dan pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) turut dibuka kepada pengunjung yang hadir. Sebanyak lebih kurang 1.8 MT ewaste berjaya dikumpul dalam tempoh 2 hari tersebut. E-waste ini kemudiannya akan dilupuskan dengan kaedah selamat melalui proses pemerolahan kembali di premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Pihak masjid juga menjalankan kutipan pakaian terpakai untuk disumbangkan kepada pihak yang memerlukan. Terima kasih diucapkan kepada AJK Masjid Ibadur Rahman Kepala Batas, Bigwise Resources Sdn. Bhd. dan semua pihak yang telah menjayakan kempen ini! "E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan