PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

KURSUS PENGENALAN EIA, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 03/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KURSUS PENGENALAN EIA, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
03/03/2024
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

14 FEBRUARI 2024, SEBERANG PERAI UTARA- Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah memberikan ceramah dan perkongsian ilmu kepada pegawai-pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPS PP) dan JPS Daerah bagi Kursus Pengenalan EIA anjuran JPS PP yang telah diadakan di Dewan Besar Ibnu Katsir (A), Pusat Kecemerlangan JPS Daerah Seberang Perai Utara. Ceramah dan sesi perkongsian adalah berkisar tentang EIA, perundangan berkaitan EIA, penilaian Laporan EIA, penilaian impak dan pencegahan pencemaran daripada projek EIA, kajian kes bagi Laporan EIA dan bagaimana hasil kajian EIA serta ulasan daripada agensi teknikal sangat membantu dalam keputusan Laporan EIA. Ceramah telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari JAS PP iaitu Ts. Dr. Abdul Rahman Mahmud, Pn. Nuraziatul Aida Ismail dan En. Andi Akbar Muchammad. Terima kasih diucapkan kepada pihak JPSPP atas jemputan dan semoga kerjasama dua hala antara Jabatan akan terus terjalin dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan