PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR KE ATAS SEBUAH KILANG DI KAWASAN PERINDUSTRIAN AYER KEROH, MELAKA

DOE Melaka 03/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR KE ATAS SEBUAH KILANG DI KAWASAN PERINDUSTRIAN AYER KEROH, MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
03/03/2024
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

01 Mac 2024, MELAKA - Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan Ops Gempur ke atas sebuah kilang di kawasan Perindustrian Ayer Keroh , Melaka pada 29 Februari 2024. Hasil siasatan mendapati premis tersebut mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan_Peraturan Udara Bersih (2014) , Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 . Namun demikian,  status  keputusan analisa kimia untuk Effluen Perindustrian belum perolehi daripada Jabatan Kimia Melaka. Pihak premis  diberi peringatan untuk mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada setiap masa serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa kacauganggu kepada reseptor sekitar. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan